Training of Heroes (TOH) GPS KPDN 2024

Training of Heroes (TOH) GPS KPDN Tahun 2024 telah berlangsung dari 3 - 5 Oktober 2024 di Tun Fatimah Riverside Hotel, Melaka. Acara ini bermula dari jam 8.00 pagi - 5.00 petang setiap hari.

Peserta program ini termasuk pegawai pengiring, En. Mustaqim bin Ahmad dan tiga orang pelajar, iaitu Nur Hilman, Ammer Taqif, dan Adam Naufal. TOH bertujuan memperkukuhkan pengurusan dan pembangunan dalam sektor perdagangan dan pengguna di peringkat negeri.

Melalui sesi latihan yang interaktif dan komprehensif, program ini diharapkan dapat memberi pendedahan dan kemahiran kepada pegawai serta masyarakat mengenai isu-isu berkaitan perdagangan, perlindungan pengguna, dan pengurusan sumber. Dengan adanya GPS KPDN, diharapkan semua pihak dapat memahami tanggungjawab mereka dalam memperkukuh ekonomi dan kesejahteraan pengguna dan juga dapat membekalkan peserta dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk menjadi pemimpin yang proaktif dalam masyarakat.ย 

๐‘ด๐’†๐’Ž๐’‘๐’†๐’“๐’Œ๐’‚๐’”๐’‚๐’Œ๐’‚๐’ ๐‘ฒ๐’†๐’Ž๐’‚๐’‰๐’Š๐’“๐’‚๐’, ๐‘ด๐’†๐’๐’š๐’†๐’Ž๐’‚๐’“๐’‚๐’Œ๐’Œ๐’‚๐’ ๐‘ด๐’‚๐’”๐’‚ ๐‘ฏ๐’‚๐’…๐’‚๐’‘๐’‚๐’
๐‘ฌ๐’Ž๐’‘๐’๐’˜๐’†๐’“๐’Š๐’๐’ˆ ๐‘บ๐’Œ๐’Š๐’๐’๐’”, ๐‘ฐ๐’ˆ๐’๐’Š๐’•๐’Š๐’๐’ˆ ๐‘ญ๐’–๐’•๐’–๐’“๐’†๐’”
Jom sertai kegemilangan bersama kami di ADTEC Melaka