19 Oktober 2024, Bilik Gerakan Belia 4B Tangga Batu, Melaka, telah menjadi lokasi bagi Tournament E-Sport Mobile Legends Tangga Batu Open Challenge 2024. Pertandingan ini diadakan sebagai pengisian aktiviti kokurikulum bagi pelajar Semester 1 dalam bidang e-sport.
Seramai 11 orang pelajar dari program kokurikulum e-sport telah menyertai pertandingan ini, dibimbing oleh pengajar En. Mohd Ekhwan dan En. Noorazmi. Pelajar dibahagikan kepada dua pasukan, di mana pasukan pertama, Adtec Melaka, telah berjaya meraih tempat ketiga. Pasukan kedua pula mendapat tempat keenam daripada 32 kumpulan yang bertanding.
Keberhasilan ini merupakan pencapaian yang membanggakan, menunjukkan dedikasi dan kemahiran pelajar dalam dunia e-sport. Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah bertanding dan membawa nama baik institusi.