Taklimat Akademi Dalam Industri (ADI)

Sedang berlansung Taklimat Akademi Dalam Industri (ADI). Takilmat ini diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan mendalam mengenai inisiatif Akademi Dalam Industri (ADI) yang dijalankan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia. Taklimat ini disampaikan oleh Pn. Jayaletchumi Krishan, Pengurus dari Seksyen Peningkatan Bakat, Bahagian Produktiviti Insan, yang membincangkan peranan dan manfaat ADI dalam meningkatkan produktiviti tenaga kerja melalui program latihan industri yang diselaraskan dengan keperluan industri terkini.
Peserta taklimat ini berpeluang untuk memahami lebih lanjut mengenai cara ADI membantu membina kemahiran yang relevan dengan industri, serta peluang kerjasama antara akademi dan sektor industri untuk mempersiapkan tenaga kerja yang lebih berkemahiran tinggi dan produktif. Program ini juga memberi ruang kepada para peserta untuk bertanya soalan dan mendapatkan maklumat lanjut mengenai peluang latihan yang boleh meningkatkan daya saing pekerja tempatan dalam industri.
๐‘ด๐’†๐’Ž๐’‘๐’†๐’“๐’Œ๐’‚๐’”๐’‚๐’Œ๐’‚๐’ ๐‘ฒ๐’†๐’Ž๐’‚๐’‰๐’Š๐’“๐’‚๐’, ๐‘ด๐’†๐’๐’š๐’†๐’Ž๐’‚๐’“๐’‚๐’Œ๐’Œ๐’‚๐’ ๐‘ด๐’‚๐’”๐’‚ ๐‘ฏ๐’‚๐’…๐’‚๐’‘๐’‚๐’
๐‘ฌ๐’Ž๐’‘๐’๐’˜๐’†๐’“๐’Š๐’๐’ˆ ๐‘บ๐’Œ๐’Š๐’๐’๐’”, ๐‘ฐ๐’ˆ๐’๐’Š๐’•๐’Š๐’๐’ˆ ๐‘ญ๐’–๐’•๐’–๐’“๐’†๐’”
Jom sertai kegemilangan bersama kami di ADTEC Melaka
ย