SESI PENERANGAN DAN DEMO PENGGUNAAN SMART BOARD

6 Mei 2025 | Sesi Penerangan dan Demo Penggunaan Smart Board
Bertempat di Bilik Pengajar Telekomunikasi, PROTON Institute telah berlangsung sesi penerangan dan demonstrasi penggunaan smart board yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran teknologi dalam kalangan pengajar. Sesi informatif ini telah disampaikan oleh En. Wan Halmy Bin Wan Yusup, Pengarah Teknikal dari Strada Resources.
Program ini telah disertai oleh kakitangan PROTON Institute iaitu Mohd Faisal bin Ahmad, Ts.Dr. Mohd Aidil Shah bin Abdul Rahim, Ts. Khalid bin Adnan, Yusrizal bin Mohd Yusof, Ts.Mohd Hairudin bin Jaffri, Tengku Norlia binti Tengku Adzam, Mohd Nazri bin Shaharudin dan Zatulfarha bt Md Yaman.
Fokus utama sesi ini adalah untuk memberi pendedahan asas kepada para peserta mengenai pelbagai fungsi dan kelebihan ย smart board. Selain itu, En. Wan Halmy turut menunjukkan cara penggunaan smart board secara interaktif, membolehkan para pengajar melihat secara langsung potensi teknologi ini dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran.
Inisiatif ini diharapkan dapat memberi impak positif kepada kualiti penyampaian ilmu dan pengalaman pembelajaran di institute serta memastikan para pengajarnya sentiasa dilengkapi dengan kemahiran terkini, khususnya dalam mengintegrasikan teknologi digital dalam proses pengajaran dan pembelajaran seharian.

๐‘ด๐’†๐’Ž๐’‘๐’†๐’“๐’Œ๐’‚๐’”๐’‚๐’Œ๐’‚๐’ ๐‘ฒ๐’†๐’Ž๐’‚๐’‰๐’Š๐’“๐’‚๐’, ๐‘ด๐’†๐’๐’š๐’†๐’Ž๐’‚๐’“๐’‚๐’Œ๐’Œ๐’‚๐’ ๐‘ด๐’‚๐’”๐’‚ ๐‘ฏ๐’‚๐’…๐’‚๐’‘๐’‚๐’ย 
๐‘ฌ๐’Ž๐’‘๐’๐’˜๐’†๐’“๐’Š๐’๐’ˆ ๐‘บ๐’Œ๐’Š๐’๐’๐’”, ๐‘ฐ๐’ˆ๐’๐’Š๐’•๐’Š๐’๐’ˆ ๐‘ญ๐’–๐’•๐’–๐’“๐’†๐’”ย 
Jom sertai kegemilangan bersama kami di PROTON Institute (ADTEC Melaka)
#adtecmelakaย 
#adtecmlkย 
#adtecproton
#protoninstituteadtecmelaka
#TVET
#kemahiran
#skills
#TVETMalaysia
#EmpoweringSkills
#IgnitingFutures
#SkillsMalaysia
#ILJTM #JTM #kitajtm #jtm #jtmdihatiku