REWANG BUBUR LAMBUK PROTON INSTITUTE - SEMARAKKAN SEMANGAT RAMADAN

18 Mac 2025 | Rewang Bubur Lambuk PROTON Institute - Semarakkan Semangat Ramadan
Suasana Ramadan di PROTON Institute (ADTEC Melaka) diserikan dengan program Rewang Bubur Lambuk pada 18 Mac 2025, anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan institut.ย 
Majlis yang penuh dengan semangat gotong-royong ini dirasmikan oleh Pengarah PROTON Institute, Ts. Dr. Norhuda binti Salim, yang turut serta dalam penyediaan bubur lambuk. Kehadiran beliau bukan sahaja menyemarakkan lagi majlis, malah melambangkan sokongan padu pihak pengurusan terhadap usaha kebajikan kelab.ย 
Program Rewang Bubur Lambuk ini berjaya menyajikan juadah berbuka puasa yang lazat, sambil menjadi wadah untuk mengeratkan silaturahim, memupuk semangat kerjasama, dan menghidupkan suasana Ramadan dalam kalangan warga PROTON Institute.ย 
Kelab Sukan dan Kebajikan PROTON Institute mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga tradisi murni ini dapat diteruskan pada masa hadapan dan memberi manfaat yang lebih luas kepada masyarakat.

๐‘ด๐’†๐’Ž๐’‘๐’†๐’“๐’Œ๐’‚๐’”๐’‚๐’Œ๐’‚๐’ ๐‘ฒ๐’†๐’Ž๐’‚๐’‰๐’Š๐’“๐’‚๐’, ๐‘ด๐’†๐’๐’š๐’†๐’Ž๐’‚๐’“๐’‚๐’Œ๐’Œ๐’‚๐’ ๐‘ด๐’‚๐’”๐’‚ ๐‘ฏ๐’‚๐’…๐’‚๐’‘๐’‚๐’ย 
๐‘ฌ๐’Ž๐’‘๐’๐’˜๐’†๐’“๐’Š๐’๐’ˆ ๐‘บ๐’Œ๐’Š๐’๐’๐’”, ๐‘ฐ๐’ˆ๐’๐’Š๐’•๐’Š๐’๐’ˆ ๐‘ญ๐’–๐’•๐’–๐’“๐’†๐’”ย 
Jom sertai kegemilangan bersama kami di PROTON Institute (ADTEC Melaka)
#adtecmelakaย 
#adtecmlkย 
#adtecproton
#protoninstituteadtecmelaka
#TVET
#kemahiran
#skills
#TVETMalaysia
#EmpoweringSkills
#IgnitingFutures
#SkillsMalaysia
#ILJTM #JTM #kitajtm #jtm #jtmdihatiku