PROTON INSTITUTE ANJUR CABARAN "LOSE WEIGHT IN 90 DAYS" GALAK GAYA HIDUP SIHAT

7 Mei 2025 | PROTON Institute Anjur Cabaran "Lose Weight in 90 days" Galak Gaya Hidup SIhat
Dalam usaha mempromosikan amalan gaya hidup sihat dan kesejahteraan dalam kalangan warganya, PROTON Institute telah melancarkan pertandingan "Lose Weight in 90 Days". Inisiatif yang berlangsung selama tiga bulan ini terbuka kepada penyertaan semua warga PROTON Institute yang bersemangat untuk mencapai matlamat kesihatan peribadi mereka.
Pertandingan ini direka untuk menggalakkan para peserta mengamalkan tabiat pemakanan seimbang dan aktiviti fizikal secara konsisten. Pemenang cabaran "Lose Weight in 90 Days" akan ditentukan berdasarkan peratusan tertinggi penurunan berat badan dalam kilogram sepanjang tempoh 90 hari pertandingan.
Pihak PROTON Institute berharap inisiatif seperti ini bukan sahaja dapat mencetuskan semangat persaingan yang sihat tetapi juga membudayakan penjagaan kesihatan sebagai satu keutamaan dalam kehidupan seharian warganya.

๐‘ด๐’†๐’Ž๐’‘๐’†๐’“๐’Œ๐’‚๐’”๐’‚๐’Œ๐’‚๐’ ๐‘ฒ๐’†๐’Ž๐’‚๐’‰๐’Š๐’“๐’‚๐’, ๐‘ด๐’†๐’๐’š๐’†๐’Ž๐’‚๐’“๐’‚๐’Œ๐’Œ๐’‚๐’ ๐‘ด๐’‚๐’”๐’‚ ๐‘ฏ๐’‚๐’…๐’‚๐’‘๐’‚๐’ย 
๐‘ฌ๐’Ž๐’‘๐’๐’˜๐’†๐’“๐’Š๐’๐’ˆ ๐‘บ๐’Œ๐’Š๐’๐’๐’”, ๐‘ฐ๐’ˆ๐’๐’Š๐’•๐’Š๐’๐’ˆ ๐‘ญ๐’–๐’•๐’–๐’“๐’†๐’”ย 
Jom sertai kegemilangan bersama kami di PROTON Institute (ADTEC Melaka)
#adtecmelakaย 
#adtecmlkย 
#adtecproton
#protoninstituteadtecmelaka
#TVET
#kemahiran
#skills
#TVETMalaysia
#EmpoweringSkills
#IgnitingFutures
#SkillsMalaysia
#ILJTM #JTM #kitajtm #jtm #jtmdihatiku