Program Rakyat Digital: DVET

Program Rakyat Digital: Pendidikan dan Latihan Vokasional Digital (DVET) yang berlangsung di Hotel Royale Chulan, Seremban bertujuan untuk memperkasa rakyat dengan kemahiran digital melalui pendidikan dan latihan vokasional. Program ini melibatkan 25 orang pegawai dari ADTEC Melaka yang akan diterangkan mengenai konsep dan aplikasi pembelajaran digital dalam bidang vokasional.
Melalui DVET, peserta akan diberi peluang untuk mempertingkatkan kemahiran teknikal dan vokasional mereka dengan menggunakan teknologi digital yang terkini, membuka peluang untuk mereka berdaya saing dalam pasaran pekerjaan yang semakin bergantung pada teknologi. Program ini juga bertujuan untuk menggalakkan penyertaan lebih ramai rakyat dalam bidang latihan vokasional digital, yang merupakan komponen penting dalam memperkasakan ekonomi digital negara.
Selain daripada sesi latihan, program ini juga menawarkan platform untuk peserta berinteraksi dengan pakar industri, memahami tren terkini dalam bidang vokasional, dan menyertai perbincangan yang membincangkan cabaran serta peluang dalam menerapkan teknologi dalam pendidikan vokasional.

๐‘ด๐’†๐’Ž๐’‘๐’†๐’“๐’Œ๐’‚๐’”๐’‚๐’Œ๐’‚๐’ ๐‘ฒ๐’†๐’Ž๐’‚๐’‰๐’Š๐’“๐’‚๐’, ๐‘ด๐’†๐’๐’š๐’†๐’Ž๐’‚๐’“๐’‚๐’Œ๐’Œ๐’‚๐’ ๐‘ด๐’‚๐’”๐’‚ ๐‘ฏ๐’‚๐’…๐’‚๐’‘๐’‚๐’
๐‘ฌ๐’Ž๐’‘๐’๐’˜๐’†๐’“๐’Š๐’๐’ˆ ๐‘บ๐’Œ๐’Š๐’๐’๐’”, ๐‘ฐ๐’ˆ๐’๐’Š๐’•๐’Š๐’๐’ˆ ๐‘ญ๐’–๐’•๐’–๐’“๐’†๐’”
Jom sertai kegemilangan bersama kami di ADTEC Melaka