28 Februari 2025 | Program Jom Sihat 10000 Langkah di Taman Botanikal Melaka
PROTON Institute (ADTEC Melaka) baru-baru ini telah menganjurkan Program Jom Sihat 10,000 Langkah yang bertenaga dan penuh semangat di Taman Botanikal Melaka. Inisiatif ini bertujuan untuk menyemarakkan gaya hidup sihat di kalangan seluruh warga institut.
Sambutan yang diterima amat memberangsangkan, dengan penyertaan yang aktif dari warga institut. Mereka bersama-sama menempuhi cabaran 10,000 langkah di persekitaran Taman Botanikal Melaka. Selain aktiviti berjalan kaki, program ini turut diserikan dengan sesi senamrobik yang menyegarkan serta hidangan sarapan ringkas yang berkhasiat.
Program ini merupakan manifestasi komitmen PROTON Institute (ADTEC Melaka) dalam mempromosikan kesihatan dan kesejahteraan, di samping memperkukuhkan jalinan silaturahim di kalangan warganya. Diharapkan program ini dapat memberi impak positif dan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua peserta atas semangat dan dedikasi yang ditunjukkan. Ucapan tahniah juga ditujukan kepada para pemenang kategori 10,000 Langkah:
Kategori Lelaki:
1. Ahmad Helmi bin Ahmad Zan
2. Shukri bin Hamzah
3. Noorazmi bin Ab Rahman
4. Mohd Ekhsan bin Mohamad
5. Wan Shaiful Hamdan bin Wan Mohamed
Kategori Wanita:
1. Nur Jaliana binti Abdul Jalil
2. Suzaini binti Sulaiman
3. Azlin binti Abd Aziz
4. Mariama a/p Ramasamy
5. Azlina binti Yusoff
๐ด๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ฒ๐๐๐๐๐๐๐๐, ๐ด๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ด๐๐๐ ๐ฏ๐๐
๐๐๐๐ย
๐ฌ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐บ๐๐๐๐๐, ๐ฐ๐๐๐๐๐๐๐ ๐ญ๐๐๐๐๐๐ย
Jom sertai kegemilangan bersama kami di PROTON Institute (ADTEC Melaka)
#adtecmelakaย
#adtecmlkย
#adtecproton
#protoninstituteadtecmelaka
#TVET
#kemahiran
#skills
#TVETMalaysia
#EmpoweringSkills
#IgnitingFutures
#SkillsMalaysia
#ILJTM #JTM #kitajtm #jtm #jtmdihatiku