PERHIMPUNAN BULANAN KAKITANGAN BERSAMA PENGARAH BULAN MEI 2025

7 Mei 2025 | Perhimpunan Bulanan Kakitangan Bersama Pengarah Bulan Mei 2025
Perhimpunan Bulanan Kakitangan Bersama Pengarah bagi bulan Mei 2025 telah berlangsung dengan jayanya, menjadi wadah penting untuk memperkukuh ukhuwah dan memantapkan kompas hala tuju PROTON Institute. Majlis yang penuh bermakna ini menyaksikan kehadiran seluruh warga kerja Institut.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa, diikuti dengan alunan lagu kebangsaan, lagu negeri, dan lagu rasmi jabatan, sebelum disemarakkan lagi dengan lafaz ikrar yang penuh bersemangat.
Kemuncak perhimpunan adalah amanat yang disampaikan oleh Yang Berusaha Ts. Dr. Norhuda binti Salim, Pengarah Proton Institute. Ucapan beliau sarat dengan panduan dan aspirasi, menjadi fokus utama seluruh hadirin.
Perhimpunan Bulanan Kakitangan Bersama Pengarah bagi edisi Mei 2025 ini melabuhkan tirainya dengan menyemai harapan dan tekad agar setiap individu dalam keluarga besar PROTON Institute terus mengukuhkan komitmen padu dan mempamerkan sinergi kerja berpasukan yang utuh, demi merealisasikan visi dan misi organisasi dengan cemerlang.

๐‘ด๐’†๐’Ž๐’‘๐’†๐’“๐’Œ๐’‚๐’”๐’‚๐’Œ๐’‚๐’ ๐‘ฒ๐’†๐’Ž๐’‚๐’‰๐’Š๐’“๐’‚๐’, ๐‘ด๐’†๐’๐’š๐’†๐’Ž๐’‚๐’“๐’‚๐’Œ๐’Œ๐’‚๐’ ๐‘ด๐’‚๐’”๐’‚ ๐‘ฏ๐’‚๐’…๐’‚๐’‘๐’‚๐’ย 
๐‘ฌ๐’Ž๐’‘๐’๐’˜๐’†๐’“๐’Š๐’๐’ˆ ๐‘บ๐’Œ๐’Š๐’๐’๐’”, ๐‘ฐ๐’ˆ๐’๐’Š๐’•๐’Š๐’๐’ˆ ๐‘ญ๐’–๐’•๐’–๐’“๐’†๐’”ย 
Jom sertai kegemilangan bersama kami di PROTON Institute (ADTEC Melaka)
#adtecmelakaย 
#adtecmlkย 
#adtecproton
#protoninstituteadtecmelaka
#TVET
#kemahiran
#skills
#TVETMalaysia
#EmpoweringSkills
#IgnitingFutures
#SkillsMalaysia
#ILJTM #JTM #kitajtm #jtm #jtmdihatiku