PENYERAHAN SURAT TAWARAN PENYERTAAN PENGAJAR & PELAJAR KE PROGRAM PERTUKARAN PELAJAR SAKURA KE JEPUN

21 Februari 2025  | Penyerahan Surat Tawaran Penyertaan Pengajar & Pelajar ke Program Pertukaran Pelajar SAKURA ke Jepun
Majlis penyerahan surat tawaran penyertaan pengajar dan pelajar ke Program Pertukaran Pelajar SAKURA ke Jepun telah diadakan di Bilik Mesyuarat Prisma PROTON Institute. 
Program SAKURA ini memberi peluang berharga kepada 7 pelajar dan seorang pengajar pengiring untuk merasai pengalaman pembelajaran dan menerokai budaya masyarakat Jepun. Selain itu, Program ini juga dapat memupuk persefahaman antara budaya dan membina jaringan antarabangsa.
Timbalan Pengarah (Latihan), Ts. Dr. Haji Azli Amin bin Ahmad Raus, dalam amanat beliau, menekankan kepentingan program pertukaran pelajar dalam membangunkan modal insan yang berdaya saing di peringkat global. Beliau juga berharap agar para peserta program dapat memanfaatkan peluang ini sebaik mungkin dan menjadi duta kecil yang mempromosikan PROTON Institute, Jabatan Tenaga Manusia di Jepun. Ibu bapa pelajar juga hadir bagi meraikan majlis ini.
Gambatte Kudasai PROTON Institute
𝑴𝒆𝒎𝒑𝒆𝒓𝒌𝒂𝒔𝒂𝒌𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒉𝒊𝒓𝒂𝒏, 𝑴𝒆𝒏𝒚𝒆𝒎𝒂𝒓𝒂𝒌𝒌𝒂𝒏 𝑴𝒂𝒔𝒂 𝑯𝒂𝒅𝒂𝒑𝒂𝒏 
𝑬𝒎𝒑𝒐𝒘𝒆𝒓𝒊𝒏𝒈 𝑺𝒌𝒊𝒍𝒍𝒔, 𝑰𝒈𝒏𝒊𝒕𝒊𝒏𝒈 𝑭𝒖𝒕𝒖𝒓𝒆𝒔 
Jom sertai kegemilangan bersama kami di PROTON Institute (ADTEC Melaka)
#adtecmelaka 
#adtecmlk 
#adtecproton
#protoninstituteadtecmelaka
#TVET
#kemahiran
#skills
#TVETMalaysia
#EmpoweringSkills
#IgnitingFutures
#SkillsMalaysia
#ILJTM #JTM #kitajtm #jtm #jtmdihatiku