𝗦𝗜𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔
Seiring dengan kepesatan dan keperluan industri negara dalam penyediaan modal insan berkemahiran bagi mendepani Revolusi Industri 4.0., Kerajaan terus mempergiat Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dengan memperuntukan kelayakan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam 𝟲𝟲 𝘀𝗸𝗶𝗺 perkhidmatan di Gred 19 melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2011 dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016.
JPA sentiasa bekerjasama dengan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Jabatan Kemahiran Malaysia, Kementerian Sumber Manusia untuk memperuntukan kelayakan TVET yang diiktiraf MQA dalam kelayakan masuk skim perkhidmatan yang bersesuaian dalam Perkhidmatan Awam. 
-Facebook Rasmi JPA-