ADTEC Melaka adalah salah satu Pempamer Ekspo TVET@KKDW yang diadakan dari 27-29 September 2024, bertempat di MITC Melaka. Acara ini berlangsung dari jam 8.00 pagi - 5.00 petang.
Antara peserta yang terlibat dalam ekspo ini termasuk pegawai CESS, Pn Zatulfarha, Amirul Bin Mat Isa, Puan Haida, serta pelajar dari bidang Teknologi Komputer (Sistem) dan Teknologi Automotif Servis. Ekspo ini bertujuan untuk mempromosikan pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional, sekaligus menjadi platform bagi pelajar untuk memperlihatkan kemahiran mereka.ย
Diharakan program ini dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan TVET dalam pembangunan sumber manusia dan dapat menyediakan peluang untuk jaringan antara pelajar, institusi pendidikan, dan industri.ย
PEMPAMER EKSPO TVET@KKDW
