MOU Antara JTM Dengan PROTON, PVA & PEDA

๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ง๐—”๐—ก๐——๐—”๐—ง๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐— ๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ก๐——๐—จ๐—  ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—˜๐—™๐—”๐—›๐—”๐— ๐—”๐—ก (๐— ๐—ข๐—จ) ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ฅ๐—” ๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ก๐—”๐—š๐—” ๐— ๐—”๐—ก๐—จ๐—ฆ๐—œ๐—” (๐—๐—ง๐— ) ๐——๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—ง๐—ข๐—ก, ๐—ฃ๐—ฉ๐—” ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐——๐—”
ALOR GAJAH, 3 Oktober โ€“ Jabatan Tenaga Manusia (JTM) telah secara rasmi menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan PROTON Holdings Berhad, PROTON Vendors Association (PVA) dan PROTON Edar Dealers Association (PEDA). Kerjasama ini merupakan inspirasi ๐˜๐ ๐„๐ง๐œ๐ข๐ค ๐’๐ญ๐ž๐ฏ๐ž๐ง ๐’๐ข๐ฆ ๐‚๐ก๐ž๐ž ๐Š๐ž๐จ๐ง๐ , ๐Œ๐ž๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐ข ๐’๐ฎ๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐Œ๐š๐ง๐ฎ๐ฌ๐ข๐š ๐Š๐„๐’๐”๐Œ๐€ ketika lawatan YB Menteri ke ADTEC Melaka pada 22 April 2024 yang lalu. ADTEC Melaka telah dipilih bagi merealisasikan hasrat ini dalam usaha membangunkan bakat masa hadapan sektor automotif Negara. Ucapan perasmian telah disampaikan oleh YBhg. Tuan Sutekno bin Ahmad Belon, Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) KESUMA.
MoU ini telah ditandatangani oleh YBhg. Datuk Rospiagos bin Taha (Ketua Pengarah JTM), YBrs. En. Amran bin Mohd Tomin (Naib Presiden, Human Capital & Admin PROTON Holdings Berhad),
YBrs. En. Lim Teck Ling (Presiden, PROTON Vendors Association) dan YBrs. En. Liew Vee Lee (Presiden, PROTON Edar Dealers Association) serta disaksikan oleh YBhg. Tuan Sutekno bin Ahmad Belon (Timbalan Ketua Setiausaha Operasi KESUMA) dan YBrs. Ts. Kamaruzaman Bin Haji Md. Ali (Timbalan Ketua Pengarah JTM). Hadir bersama pada majlis ini ialah wakil-wakil Jabatan, wakil-wakil syarikat dan agensi.
Kerjasama ini bertujuan meningkatkan kompetensi tenaga kerja dalam industri automotif melalui pelaksanaan program-program latihan yang lebih komprehensif. Diharapkan kerjasama ini dapat melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi dan mampu menghadapi cabaran industri 4.0."
Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan majlis ini. Moga usaha ini menjadi permulaan kepada kerjasama yang lebih erat dan membawa manfaat yang besar kepada industri automotif negara."
๐‘ด๐’†๐’Ž๐’‘๐’†๐’“๐’Œ๐’‚๐’”๐’‚๐’Œ๐’‚๐’ ๐‘ฒ๐’†๐’Ž๐’‚๐’‰๐’Š๐’“๐’‚๐’, ๐‘ด๐’†๐’๐’š๐’†๐’Ž๐’‚๐’“๐’‚๐’Œ๐’Œ๐’‚๐’ ๐‘ด๐’‚๐’”๐’‚ ๐‘ฏ๐’‚๐’…๐’‚๐’‘๐’‚๐’
๐‘ฌ๐’Ž๐’‘๐’๐’˜๐’†๐’“๐’Š๐’๐’ˆ ๐‘บ๐’Œ๐’Š๐’๐’๐’”, ๐‘ฐ๐’ˆ๐’๐’Š๐’•๐’Š๐’๐’ˆ ๐‘ญ๐’–๐’•๐’–๐’“๐’†๐’”
Jom sertai kegemilangan bersama kami di ADTEC Melaka
ย