Majlis Sambutan Hari Kebangsaan 2024

Persiaran Jalan Merdeka, Bandar Hilir, Melaka menjadi lokasi utama bagi Acara Perbarisan dan Perarakan 2024 sempena Majlis Sambutan Hari Kebangsaan 2024 Peringkat Negeri Melaka. Acara perbarisan dan perarakan tahunan ini menyaksikan penyertaan meriah daripada pelbagai kategori: jabatan kerajaan, agensi, badan berkanun, institusi pengajian tinggi awam dan swasta, pertubuhan/persatuan, kategori swasta/syarikat serta badan beruniform. Setiap kontinjen hadir dengan semangat tinggi, menyemarakkan suasana sambutan kemerdekaan negara.
Kontinjen perbarisan dan perarakan dari ADTEC Melaka turut memeriahkan majlis tersebut, dengan 50 orang pelajar bersama 5 orang pegawai pengiring yang diketuai oleh Encik Shah Rizan bin Mohd Nor. Sebagai kontinjen ke-70 dalam kategori IPTA/IPTS negeri Melaka, ADTEC Melaka menunjukkan dedikasi dan semangat patriotisme yang luar biasa dengan pakaian rasmi korporat pelajar institut yang segak bergaya dan ceria, bersemangat dengan ungkapan keramat ๐‘ด๐’†๐’Ž๐’‘๐’†๐’“๐’Œ๐’‚๐’”๐’‚๐’Œ๐’‚๐’ ๐‘ฒ๐’†๐’Ž๐’‚๐’‰๐’Š๐’“๐’‚๐’, ๐‘ด๐’†๐’๐’š๐’†๐’Ž๐’‚๐’“๐’‚๐’Œ๐’Œ๐’‚๐’ ๐‘ด๐’‚๐’”๐’‚ ๐‘ฏ๐’‚๐’…๐’‚๐’‘๐’‚๐’ menggambarkan keazaman mereka untuk menyokong dan meraikan hari kebangsaan.
Sambutan Hari Kebangsaan 2024 ini bukan sahaja meraikan pencapaian negara tetapi juga memperkukuh semangat perpaduan di kalangan rakyat Melaka dan semua yang terlibat. Dengan penyertaan aktif dari pelbagai pihak, acara ini berjaya menonjolkan nilai-nilai patriotisme dan semangat kebangsaan dan menjadikannya satu hari yang penuh bersejarah dan berharga.
๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐— ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฎ๐—บ๐—ฏ๐˜‚๐˜ ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ž๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐˜€๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ฒ-๐Ÿฒ๐Ÿณ.
๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ ๐— ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป๐—ถ: ๐—๐—ถ๐˜„๐—ฎ ๐— ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฑ๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ
๐‘ด๐’†๐’Ž๐’‘๐’†๐’“๐’Œ๐’‚๐’”๐’‚๐’Œ๐’‚๐’ ๐‘ฒ๐’†๐’Ž๐’‚๐’‰๐’Š๐’“๐’‚๐’, ๐‘ด๐’†๐’๐’š๐’†๐’Ž๐’‚๐’“๐’‚๐’Œ๐’Œ๐’‚๐’ ๐‘ด๐’‚๐’”๐’‚ ๐‘ฏ๐’‚๐’…๐’‚๐’‘๐’‚๐’
๐‘ฌ๐’Ž๐’‘๐’๐’˜๐’†๐’“๐’Š๐’๐’ˆ ๐‘บ๐’Œ๐’Š๐’๐’๐’”, ๐‘ฐ๐’ˆ๐’๐’Š๐’•๐’Š๐’๐’ˆ ๐‘ญ๐’–๐’•๐’–๐’“๐’†๐’”
Jom sertai kegemilangan bersama kami di