11 September 2024 | Majlis Perasmian Penutup NITNC – ADTEC Melaka Student Exchange Programme 2024 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Kuliah Utama, ADTEC Melaka. Program dimulai dengan bacaan doa, nyanyian lagu Negaraku dan lagu JTM sebelum diteruskan dengan Ucapan Aluan daripada Pengarah ADTEC Melaka dan Ucapan daripada Assistant Professor Uchida Yuki, wakil delegasi NITNC, Jepun.
Majlis kemudiannya diteruskan dengan Ucapan Perasmian Penutup daripada YBhg. Datuk Rospiagos Bin Taha, Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia bagi menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup NITNC – ADTEC Melaka Exchange Programme 2024.
Majlis diserikan lagi dengan Upacara Pertukaran LOI (Letter Of Intent), persembahan kebudayaan dan tayangan video rangkuman program NITNC – ADTEC Melaka Exchange Programme 2024. Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil dan cenderahati serta Upacara Pelepasan Ikan Koi. Tahniah & Syabas diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.
𝑴𝒆𝒎𝒑𝒆𝒓𝒌𝒂𝒔𝒂𝒌𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒉𝒊𝒓𝒂𝒏, 𝑴𝒆𝒏𝒚𝒆𝒎𝒂𝒓𝒂𝒌𝒌𝒂𝒏 𝑴𝒂𝒔𝒂 𝑯𝒂𝒅𝒂𝒑𝒂𝒏
𝑬𝒎𝒑𝒐𝒘𝒆𝒓𝒊𝒏𝒈 𝑺𝒌𝒊𝒍𝒍𝒔, 𝑰𝒈𝒏𝒊𝒕𝒊𝒏𝒈 𝑭𝒖𝒕𝒖𝒓𝒆𝒔
Jom sertai kegemilangan bersama kami di ADTEC Melaka