24 Mac 2025 | Lawatan Tapak Oleh PROTON Bagi Permohonan "Matching Grant"
PROTON Institute (ADTEC Melaka) telah menerima kunjungan dari 3 pegawai kanan PROTON Shah Alam yang terdiri daripada Pn. Shafinaz Binti Jamaludin (Head of Learning & Talent Management), En. Mohamed Norin Bin Abu Bakar (General Manager of Group Communication) dan En. Logeswaran Ramasamy (Deputy Head of Learning & Talent Management) untuk melawat lokasi cadangan pembangunan DOJO dan Customer Service Counter / Showroom.
Taklimat ringkas dan lawatan tapak diiringi oleh Ts. Ahmad Mashudi Bin Alpiah TP(L), En. Hisham Bin Mat Salleh KJ Mekanikal, En. Mohd Faisal Bin Ahmad KJ Elektrikal Elektronik, En. Palani Sarawanan A/L Kandiah PP (CESS), Pn. Rohani Binti Yusof PP (BPPA), Ts. Dr. Mohd Aidil Shah Bin Abdul Rahim KB Automotif, Dr. Fazlul Rahman Bin Mohd Yunus KB Mekatronik dan Ts. Izwandi Bin Idris (CESS).
Antara lokasi yang dilawati sepanjang lawatan ini;
i) Lawatan ke kawasan terbuka di laman impiana, cadangan pembinaan Customer Service Outlet
ii) Lawatan ke bengkel automotif, cadangan pembinaan DOJO Centre & EV Lab
Tahniah PROTON Institute (ADTEC Melaka), satu langkah untuk merealisasikan hasrat jabatan dalam memajukan latihan Automotif yang berdaya saing dan berteknologi tinggi seiring dengan pembangunan industri Automotif EV.
๐ด๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ฒ๐๐๐๐๐๐๐๐, ๐ด๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ด๐๐๐ ๐ฏ๐๐
๐๐๐๐ย
๐ฌ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐บ๐๐๐๐๐, ๐ฐ๐๐๐๐๐๐๐ ๐ญ๐๐๐๐๐๐ย
Jom sertai kegemilangan bersama kami di PROTON Institute (ADTEC Melaka)
#adtecmelakaย
#adtecmlkย
#adtecproton
#protoninstituteadtecmelaka
#TVET
#kemahiran
#skills
#TVETMalaysia
#EmpoweringSkills
#IgnitingFutures
#SkillsMalaysia
#ILJTM #JTM #kitajtm #jtm #jtmdihatiku