LAWATAN PENANDA ARASAN OLEH JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN DAN PUSAT BERTAULIAH KE PROTON INSTITUTE SEMPENA PROGRAM INTERVENSI PENARAFAN TUNGGAL PROGRAM TVET 2025

15 April 2025 | Lawatan Penanda Arasan Oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran dan Pusat Bertauliah ke PROTON Institute Sempena Program Intervensi Penarafan Tunggal Program TVET 2025
PROTON Institute telah menerima lawatan penanda aras daripada pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan beberapa Pusat Bertauliah bersempena Program Intervensi Penarafan Tunggal Program TVET Tahun 2025.
Inisiatif program ini bertujuan berkongsi amalan terbaik dan pengalaman PROTON Institute dalam memenuhi keperluan kriteria penarafan tunggal dan memberi pendedahan kualiti penyampaian perkhidmatan serta peluang penambahbaikan yang strategik kepada Pusat Bertauliah,demi meningkatkan kualiti dan prestasi program TVET di Malaysia.
Program bermula dengan ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh Pengarah Institut, Ts Dr. Norhuda binti Salim. Para peserta kemudian dibawa melawat bengkel sebelum mengikuti sesi perkongsian yang memfokuskan kepada kaedah mendokumentasikan bukti-bukti bagi memenuhi keperluan penilaian.
Ucapan turut disampaikan oleh Pengarah Bahagian Inspektorat JPK, Puan Hamizatul Azura binti Hamzah dan diteruskan dengan sesi perkongsian ilmu dan pengalaman daripada Puan Tengku Zunida, Penolong Pengarah Bahagian Kawalan Kualiti Latihan (BKKL) selaku Penyelaras Pusat Bertauliah. Diharapkan program ini dapat memperkaya pengetahuan dan memberi manfaat yang signifikan kepada para peserta yang hadir ke PROTON Institute (ADTEC Melaka).

๐‘ด๐’†๐’Ž๐’‘๐’†๐’“๐’Œ๐’‚๐’”๐’‚๐’Œ๐’‚๐’ ๐‘ฒ๐’†๐’Ž๐’‚๐’‰๐’Š๐’“๐’‚๐’, ๐‘ด๐’†๐’๐’š๐’†๐’Ž๐’‚๐’“๐’‚๐’Œ๐’Œ๐’‚๐’ ๐‘ด๐’‚๐’”๐’‚ ๐‘ฏ๐’‚๐’…๐’‚๐’‘๐’‚๐’ย 
๐‘ฌ๐’Ž๐’‘๐’๐’˜๐’†๐’“๐’Š๐’๐’ˆ ๐‘บ๐’Œ๐’Š๐’๐’๐’”, ๐‘ฐ๐’ˆ๐’๐’Š๐’•๐’Š๐’๐’ˆ ๐‘ญ๐’–๐’•๐’–๐’“๐’†๐’”ย 
Jom sertai kegemilangan bersama kami di PROTON Institute (ADTEC Melaka)
#adtecmelakaย 
#adtecmlkย 
#adtecproton
#protoninstituteadtecmelaka
#TVET
#kemahiran
#skills
#TVETMalaysia
#EmpoweringSkills
#IgnitingFutures
#SkillsMalaysia
#ILJTM #JTM #kitajtm #jtm #jtmdihatiku