28 Mei 2025 | ILP Kuala Terengganu telah mengadakan lawatan penanda arasan ke PROTON Institute (ADTEC Melaka) untuk meningkatkan kualiti latihan dan pendedahan industri bagi program Teknologi Komputer (Sistem). Lawatan ini bertujuan untuk perkongsian amalan terbaik, tinjauan kemudahan terkini, dan penerokaan potensi kerjasama.
Sebagai institusi yang menawarkan Sijil Teknologi Komputer (Sistem), ILP Kuala Terengganu melihat lawatan ke ADTEC Melaka, yang mempunyai program Diploma dalam bidang sama dan jaringan industri kukuh, sebagai langkah strategik. Delegasi ILP berpeluang meninjau fasiliti dan teknologi terkini ADTEC Melaka, khususnya aplikasi sistem komputer dalam industri automotif dan pembuatan. Sesi perbincangan antara tenaga pengajar kedua-dua institusi turut diadakan, memfokuskan kepada kurikulum, kaedah PdP, integrasi teknologi industri, dan peluang latihan industri untuk pelajar.
Lawatan ini dijangka memberi input berharga kepada ILP Kuala Terengganu untuk menambah baik modul latihan program Teknologi Komputer (Sistem), memastikan graduan dilengkapi kemahiran selari dengan keperluan industri. Kerjasama sebegini penting bagi melahirkan tenaga kerja mahir dan menyokong agenda pemerkasaan TVET di Malaysia.
๐ด๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ฒ๐๐๐๐๐๐๐๐, ๐ด๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ด๐๐๐ ๐ฏ๐๐
๐๐๐๐
๐ฌ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐บ๐๐๐๐๐, ๐ฐ๐๐๐๐๐๐๐ ๐ญ๐๐๐๐๐๐
Jom sertai kegemilangan bersama kami di
www.adtecmlk.gov.my
#adtecmelaka
#adtecmlk
#adtecproton
#protoninstituteadtecmelaka
#TVET
#kemahiran
#skills
#TVETMalaysia
#EmpoweringSkills
#IgnitingFutures
#SkillsMalaysia