30 April 2025 | Lawatan Kerja Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Melaka
PROTON Institute hari ini berbesar hati menerima kunjungan lawatan kerja daripada barisan kepimpinan Exco Kerajaan Negeri Melaka yang bertanggungjawab terhadap portfolio Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan.
Kehadiran Yang Berhormat (YB) Datuk Ngwe Hee Sem, Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Negeri Melaka bersama timbalannya, YB Puan Siti Faizah binti Datuk Abd. Azis, telah dialu-alukan oleh pihak pengurusan tertinggi PROTON Institute.
Lawatan kerja rasmi ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada YB Datuk Exco dan YB Timbalan Exco mengenai operasi, program latihan kemahiran, serta fasiliti yang terdapat di PROTON Institute. Ia juga menjadi platform untuk membincangkan potensi kerjasama antara Kerajaan Negeri Melaka dan PROTON Institute, khususnya dalam bidang pembangunan modal insan mahir serta inisiatif berkaitan kesihatan dan perpaduan negeri.
Pihak PROTON Institute merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian YB Datuk Exco dan delegasi meluangkan masa untuk hadir, serta berharap lawatan ini dapat mengeratkan lagi hubungan baik dan membuka ruang kerjasama strategik pada masa akan datang.
๐ด๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ฒ๐๐๐๐๐๐๐๐, ๐ด๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ด๐๐๐ ๐ฏ๐๐
๐๐๐๐ย
๐ฌ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐บ๐๐๐๐๐, ๐ฐ๐๐๐๐๐๐๐ ๐ญ๐๐๐๐๐๐ย
Jom sertai kegemilangan bersama kami di PROTON Institute (ADTEC Melaka)
#adtecmelakaย
#adtecmlkย
#adtecproton
#protoninstituteadtecmelaka
#TVET
#kemahiran
#skills
#TVETMalaysia
#EmpoweringSkills
#IgnitingFutures
#SkillsMalaysia
#ILJTM #JTM #kitajtm #jtm #jtmdihatiku