Latihan Pusat Untuk Persediaan Pertandingan WSMB Peringkat Kebangsaan 2025 Bagi Bidang Mekatronik
Seramai enam orang pelajar Diploma Teknologi Mekatronik dari PROTON Institute telah menjalani Latihan Pusat sebagai persediaan rapi untuk menghadapi Pertandingan WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) Peringkat Kebangsaan 2025 bagi bidang Mekatronik.
Program latihan intensif ini telah berlangsung selama dua hari, pada 21 dan 22 April 2025, bertempat di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Shah Alam.
Latihan ini bertujuan khusus untuk memantapkan kemahiran dan daya saing para pelajar sebelum berentap di pertandingan kemahiran peringkat kebangsaan tersebut. Sepanjang program, para pelajar telah diiringi oleh dua pengajar dari PROTON Institute, iaitu Cik Ulayya binti Md Ghaus dan Encik Noorazmi bin Ab Rahman, yang bertindak sebagai pengajar pengiring.
Pendedahan dan latihan yang diterima di ADTEC Shah Alam ini diharapkan dapat memberi kelebihan dan persediaan terbaik kepada pasukan PROTON Institute untuk membawa cabaran dalam bidang Mekatronik di WSMB 2025 kelak.
๐ด๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ฒ๐๐๐๐๐๐๐๐, ๐ด๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ด๐๐๐ ๐ฏ๐๐
๐๐๐๐ย
๐ฌ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐บ๐๐๐๐๐, ๐ฐ๐๐๐๐๐๐๐ ๐ญ๐๐๐๐๐๐ย
Jom sertai kegemilangan bersama kami di PROTON Institute (ADTEC Melaka)
#adtecmelakaย
#adtecmlkย
#adtecproton
#protoninstituteadtecmelaka
#TVET
#kemahiran
#skills
#TVETMalaysia
#EmpoweringSkills
#IgnitingFutures
#SkillsMalaysia
#ILJTM #JTM #kitajtm #jtm #jtmdihatiku