27 Mac 2025 | Kunjungan Hormat Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia Bersama Wakil Daripada ADTEC JTM Kampus Sekitar Lembah Klang/Melaka ke Kolej Poly-Tech MARA Kampus Bangi
Sebagai menutupKunjungan hormat ini diadakan bagi mengukuhkan hubungan dan meneroka peluang kerjasama strategik antara Jabatan Tenaga Manusia dan Kolej Poly-Tech MARA Bangi. Dalam pertemuan ini, pelbagai potensi dan peluang kerjasama telah dibincangkan.
Pihak KPTM Bangi dengan sukacitanya membawa para peserta melawat sekitar kampus, mempamerkan kemudahan dan fasiliti yang disediakan. Keindahan warna-warni cat bangunan KPTM Bangi berjaya menarik perhatian para peserta lawatan.
Kunjungan ini diharap dapat membuka jalan kepada perbincangan lanjut, bagi merealisasikan kerjasama strategik yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak. Turut hadir dalam kunjungan ini ialah Puan Hajah Hamimah Bt. Mamat, Timbalan Pengarah (Operasi), dan Ts. Mohd. Hairudin Bin Jaffri (BPPA) daripada PROTON Institute.
๐ด๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ฒ๐๐๐๐๐๐๐๐, ๐ด๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ด๐๐๐ ๐ฏ๐๐
๐๐๐๐ย
๐ฌ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐บ๐๐๐๐๐, ๐ฐ๐๐๐๐๐๐๐ ๐ญ๐๐๐๐๐๐ย
Jom sertai kegemilangan bersama kami di PROTON Institute (ADTEC Melaka)
#adtecmelakaย
#adtecmlkย
#adtecproton
#protoninstituteadtecmelaka
#TVET
#kemahiran
#skills
#TVETMalaysia
#EmpoweringSkills
#IgnitingFutures
#SkillsMalaysia
#ILJTM #JTM #kitajtm #jtm #jtmdihatiku