20 Ogos 2024 | Satu kunjungan hormat dan perbincangan strategi TVET Auto - EV telah diadakan di Bilik Mesyuarat ADTEC Melaka pada sekitar jam 3petang. Delegasi utama ialah Mr Liu Kun, Pengurus Besar Beifang Automotive Education Group dari China, bersama dengan Mr Qin Jianling, Mr Cao Jingjing, Mr Zhao Ming, dan Mr Han Lili. Turut hadir adalah Mr Lai Kim Wa dan Mr Leow Kean Taan dari Advance Retro Solution SB. Wakil ADTEC Melaka pula terdiri daripada Pengarah, Timbalan Pengarah Latihan, Timbalan Pengarah Operasi, KJ Elektrik&Elektronik, KB Automotif, KB Telekomunikasi & PP CESS.
Semoga perbincangan antara pihak Beifang Automotive Education Group dan ADTEC Melaka dapat menghasilkan strategi yang inovatif dan berkesan dalam bidang TVET Auto - EV. Diharapkan juga agar kerjasama ini memperkukuh hubungan antara kedua-dua pihak dalam memacu perkembangan teknologi serta pendidikan automotif di Malaysia.
๐ด๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ฒ๐๐๐๐๐๐๐๐, ๐ด๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ด๐๐๐ ๐ฏ๐๐
๐๐๐๐
๐ฌ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐บ๐๐๐๐๐, ๐ฐ๐๐๐๐๐๐๐ ๐ญ๐๐๐๐๐๐
Jom sertai kegemilangan bersama kami di ADTEC Melaka
ย