KEMUNCAK IHYA RAMADAN : TADARUS, KHATAM AL-QURAN DAN PENUTUP YANG BERMAKNA

24 Mac 2025 | Kemuncak Ihya Ramadan : Tadarus, Khatam Al-Quran dan Penutup yang Bermakna
Sebagai menutup tirai program Ihya Ramadan (Pelajar dan Kakitangan) tahun 1446H /2025M yang penuh keberkatan, BPPL & KSK telah menganjurkan Majlis Tadarus dan Khatam al-Quran, diikuti dengan majlis penutup yang ย penuh harmoni. Acara ini menjadi simbolik kepada pelbagai aktiviti yang telah dianjurkan sepanjang bulan Ramadan dalam mendekatkan diri kepada Allah SWT dan memperkukuhkan ukhuwah sesama umat Islam.
Majlis Tadarus dan Khatam al-Quran dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran secara serentak oleh pelajar dan staf yang terlibat. Suasana kehingan dan ketenangan menyelubungi majlis, mencerminkan penghayatan terhadap keindahan dan keagungan kalam Allah SWT. Setelah bacaan khatam Al-Quran selesai, doa khatam dibacakan, memohon keberkatan dan rahmat daripada Allah Azza Wa Jalla.
Majlis diteruskan dengan ucapan penangguhan rasmi daripada Timbalan Pengarah (Operasi), Hjh. Hamimah binti Mamat yang merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program Ihya Ramadan. Beliau turut berkongsi refleksi mengenai perjalanan sepanjang bulan Ramadan dan menekankan kepentingan untuk meneruskan amalan-amalan baik yang telah dipupuk, walaupun Ramadan telah berlalu.
Antara aktiviti lain yang turut memeriahkan majlis penutup termasuklah:
ย  ย  ๐๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ฆ๐ฉ๐š๐ข๐š๐ง ๐‚๐ž๐ง๐๐ž๐ซ๐š๐ก๐š๐ญ๐ข :ย 
ย  ย  ย  ย  ย i) ย Kepada peserta Majlis Khatam Tadarus
ย  ย  ย  ย  ย ii) Skuad Bilal dan Imam Qiyam Ramadan
Semoga dengan penganjuran kali ini dapat diteruskan dan dipertingkatkan pada masa mendatang dalam usaha ย menyemai ketakwaan sekaligus menjadi medan muhasabah diri yang ampuh ke arah ledakan ubudiyyah Rabbani dalam menjadikan seorang Muslim yang bertaqwa.ย 
Diharapkan Madrasah Ramadan yang telah dipupuk dalam diri dan ditarbiyah dalam jiwa masing-masing akan terus membara dalam kehidupan seharian, demi mencapai keredhaan Allah SWT.

๐‘ด๐’†๐’Ž๐’‘๐’†๐’“๐’Œ๐’‚๐’”๐’‚๐’Œ๐’‚๐’ ๐‘ฒ๐’†๐’Ž๐’‚๐’‰๐’Š๐’“๐’‚๐’, ๐‘ด๐’†๐’๐’š๐’†๐’Ž๐’‚๐’“๐’‚๐’Œ๐’Œ๐’‚๐’ ๐‘ด๐’‚๐’”๐’‚ ๐‘ฏ๐’‚๐’…๐’‚๐’‘๐’‚๐’ย 
๐‘ฌ๐’Ž๐’‘๐’๐’˜๐’†๐’“๐’Š๐’๐’ˆ ๐‘บ๐’Œ๐’Š๐’๐’๐’”, ๐‘ฐ๐’ˆ๐’๐’Š๐’•๐’Š๐’๐’ˆ ๐‘ญ๐’–๐’•๐’–๐’“๐’†๐’”ย 
Jom sertai kegemilangan bersama kami di PROTON Institute (ADTEC Melaka)
#adtecmelakaย 
#adtecmlkย 
#adtecproton
#protoninstituteadtecmelaka
#TVET
#kemahiran
#skills
#TVETMalaysia
#EmpoweringSkills
#IgnitingFutures
#SkillsMalaysia
#ILJTM #JTM #kitajtm #jtm #jtmdihatiku