12 Oktober 2024 | Japerun Kuala Linggi telah menjadi tempat berlangsungnya Karnival Pendidikan dan Kerjaya Zon Linggi 2024. Acara ini berlangsung dari pukul 8 pagi - 3 petang dan telah menarik perhatian pelajar serta masyarakat setempat. Karnival ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai pelbagai pilihan pendidikan dan kerjaya yang tersedia. Pempaper karnival terdiri daripada 3 orang pelajar ADTEC Melaka yang diiringi oleh Encik Palani, pegawai dari CESS. Dengan pelbagai aktiviti menarik dan sesi interaksi, peserta berpeluang untuk bertanya dan mendapatkan maklumat langsung daripada institusi pendidikan dan profesional dalam pelbagai bidang. Karnival ini juga menyediakan platform bagi pelajar untuk merancang masa depan mereka dengan lebih baik dan membuat keputusan yang tepat mengenai pilihan kerjaya. Diharapkan acara ini memberi inspirasi dan memotivasi pelajar untuk mengejar cita-cita mereka.ย
Karnival Pendidikan dan Kerjaya Zon Linggi
