29 April 2025 | Hari Kesihatan Pergigian Pelajar PROTON Institute (ADTEC Melaka)
ALOR GAJAH, MELAKA โ Dalam usaha meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan penjagaan kesihatan mulut, PROTON Institute (ADTEC Melaka) telah menganjurkan Hari Kesihatan Pergigian Pelajar pada 29 April 2025. Bertempat di Dewan Serbaguna institut, program ini disertai oleh seramai 30 orang pelajar.
Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan ringkas oleh Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Pelajar & Latihan (BPPL) institut. Para pelajar kemudiannya didedahkan dengan informasi penting melalui sesi ceramah kesihatan pergigian dan pameran berkaitan, diikuti dengan peluang menjalani pemeriksaan gigi asas.
Keseluruhan sesi ceramah, pameran, dan pemeriksaan dikendalikan oleh pasukan kakitangan kesihatan pergigian yang komited dari Klinik Pergigian Rembia, Alor Gajah. Kolaborasi antara PROTON Institute (ADTEC Melaka) dan klinik komuniti ini amat bermakna dalam memastikan kejayaan program kesihatan tersebut.
Diharapkan inisiatif seperti ini dapat memupuk tabiat penjagaan kesihatan pergigian yang baik secara berterusan dalam kalangan pelajar PROTON Institute (ADTEC Melaka).
Syabas dan Terima Kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.
๐ด๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ฒ๐๐๐๐๐๐๐๐, ๐ด๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ด๐๐๐ ๐ฏ๐๐
๐๐๐๐ย
๐ฌ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐บ๐๐๐๐๐, ๐ฐ๐๐๐๐๐๐๐ ๐ญ๐๐๐๐๐๐ย
Jom sertai kegemilangan bersama kami di PROTON Institute (ADTEC Melaka)
#adtecmelakaย
#adtecmlkย
#adtecproton
#protoninstituteadtecmelaka
#TVET
#kemahiran
#skills
#TVETMalaysia
#EmpoweringSkills
#IgnitingFutures
#SkillsMalaysia
#ILJTM #JTM #kitajtm #jtm #jtmdihatiku