Pada 17 Oktober 2024, MITC Ayer Keroh menjadi tuan rumah Deustcher Brand Summit (DBS) Conference and Exhibition 2024. Acara ini dihadiri oleh tokoh-tokoh terkemuka dalam bidang branding dan pemasaran, ADTEC Melaka juga turut nebghadiri program ini termasuk Ts. Dr. Noridah Mohd Ridzuan, Ts. Noor Hairilfaiz Mohammad, dan En. Wan Shaiful Hamdan Wan Mohamed dan membawa seramai 39 orang pelajar dari program Diploma Teknologi Telekomunikasi (DTT)
DBS 2024 bertujuan menjadi platform perkongsian idea dan pengalaman dalam dunia branding. Pelbagai sesi pembentangan dan diskusi dijalankan, memberi peluang kepada peserta untuk memahami tren terkini serta strategi berkesan dalam pengurusan jenama. Dengan penyertaan pelajar, acara ini juga memberi peluang kepada generasi muda untuk terlibat secara aktif dalam industri.
Penganjuran DBS 2024 memberi impak positif kepada pembangunan branding di Malaysia seterusnya dapat memperkukuhkan jaringan antara golongan profesional dan pelajar di bidang ini.