Delegasi dari Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Melaka di bawah Jabatan Tenaga Manusia akan memulakan perjalanan ke Jepun bagi mengikuti Kursus "Cooperation Project to Implement Japanese KOSEN's Approach in Providing Engineering and Technology Education". Program yang dianjurkan oleh Japan International Cooperation Agency (JICA) akan berlangsung dari 7 hingga 22 September 2024 di Kumamoto KOSEN, Jepun.
Delegasi ADTEC Melaka terdiri daripada enam pegawai:
1. Ts. Dr. Mohd Aidil Shah bin Abdul Rahim
2. En. Muhamad Hafizullah Bin Ashari
3. En. Nazir Bin Nordin
4. Pn. Nurul Aida Binti Ishak
5. Pn. Zatulfarha Binti Md Yaman
6. Pn. Maisyida Binti Md Rashid
Program ini bertujuan untuk memperkenalkan dan mengadaptasi pendekatan KOSEN Jepun dalam pendidikan kejuruteraan dan teknologi serta mengembangkan pengetahuan dan kemahiran yang relevan dalam konteks latihan TVET di Malaysia. Dengan pelaksanaan program ini, ADTEC Melaka berharap dapat menyokong hasrat negara dalam memperkasa program latihan TVET dan membawa institusi ini ke pentas global.
Delegasi dijadualkan berlepas ke Jepun pada 7 September jam 11 malam. Kami mendoakan agar semua urusan sepanjang tempoh lawatan berjalan lancar dan delegasi selamat tiba ke destinasi. Semoga mereka memperoleh ilmu dan pengalaman berharga yang dapat memajukan lagi bidang pendidikan dan latihan teknikal di Malaysia.
๐ด๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ฒ๐๐๐๐๐๐๐๐, ๐ด๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ด๐๐๐ ๐ฏ๐๐
๐๐๐๐
๐ฌ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐บ๐๐๐๐๐, ๐ฐ๐๐๐๐๐๐๐ ๐ญ๐๐๐๐๐๐
Jom sertai kegemilangan bersama kami di