BENGKEL SINERGI TVET DAN INDUSTRI AUTOMOTIF SERTA AEROANGKASA

20 Mac 2025 | Bengkel Sinergi TVET dan Industri Automotif serta Aeroangkasa
Melaka - Hotel Hatten, Melaka, menjadi lokasi penganjuran Bengkel Sinergi TVET dan Industri Automotif & Aeroangkasa. Bengkel penting ini, yang dikelolakan oleh Exco Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET Negeri Melaka, bertujuan untuk merapatkan jurang antara institusi pengajian TVET dengan industri automotif dan aeroangkasa yang pesat berkembang di negeri ini. Proton Institut turut serta dalam bengkel ini dengan diwakili oleh Timbalan Pengarah Latihan dan En. Muhamad Hafizullah bin Ashari, pengajar Bahagian Teknologi Automotif.
Bengkel ini turut melibatkan sesi perbincangan dan perkongsian ilmu antara wakil institusi pengajian TVET dan pemain industri. Ini membolehkan kedua-dua pihak berkongsi pandangan dan pengalaman, serta mencari jalan penyelesaian kepada cabaran yang dihadapi dalam pembangunan modal insan.
Penyertaan Proton Institut dalam bengkel ini diharapkan dapat memperkukuhkan lagi kerjasama antara institut dengan industri automotif dan aeroangkasa di Melaka. Ini penting bagi memastikan graduan Proton Institut mempunyai kemahiran yang relevan dan berdaya saing di pasaran kerja.
Inisiatif ini juga selaras dengan usaha kerajaan negeri Melaka untuk memartabatkan TVET sebagai pilihan utama kerjaya di kalangan generasi muda. Dengan adanya sinergi yang kukuh antara TVET dan industri, Melaka berpotensi untuk menjadi pusat kecemerlangan dalam bidang automotif dan aeroangkasa.

๐‘ด๐’†๐’Ž๐’‘๐’†๐’“๐’Œ๐’‚๐’”๐’‚๐’Œ๐’‚๐’ ๐‘ฒ๐’†๐’Ž๐’‚๐’‰๐’Š๐’“๐’‚๐’, ๐‘ด๐’†๐’๐’š๐’†๐’Ž๐’‚๐’“๐’‚๐’Œ๐’Œ๐’‚๐’ ๐‘ด๐’‚๐’”๐’‚ ๐‘ฏ๐’‚๐’…๐’‚๐’‘๐’‚๐’ย 
๐‘ฌ๐’Ž๐’‘๐’๐’˜๐’†๐’“๐’Š๐’๐’ˆ ๐‘บ๐’Œ๐’Š๐’๐’๐’”, ๐‘ฐ๐’ˆ๐’๐’Š๐’•๐’Š๐’๐’ˆ ๐‘ญ๐’–๐’•๐’–๐’“๐’†๐’”ย 
Jom sertai kegemilangan bersama kami di PROTON Institute (ADTEC Melaka)
#adtecmelakaย 
#adtecmlkย 
#adtecproton
#protoninstituteadtecmelaka
#TVET
#kemahiran
#skills
#TVETMalaysia
#EmpoweringSkills
#IgnitingFutures
#SkillsMalaysia
#ILJTM #JTM #kitajtm #jtm #jtmdihatiku