5 Mei 2025 | Bengkel Penyusunan Semula & Pengukuhan Organisasi ADTEC JTM Zon Selatanย
Bengkel Penyusunan Semula & Pengukuhan Organisasi bagi Pusat Latihan Teknologi Tinggi Jabatan Tenaga Manusia (ADTEC JTM) Zon Selatan sedang berlangsung mulai hari ini, 5 hingga 6 Mei 2025. Bengkel penting ini diadakan di ADTEC JTM Kampus Senai.
Bengkel selama dua hari ini bertujuan untuk membincangkan, menilai, dan merangka strategi bagi penyusunan semula serta pengukuhan struktur organisasi ADTEC JTM di Zon Selatan. Langkah ini diambil bagi memastikan institusi-institusi di bawah zon ini dapat beroperasi dengan lebih cekap, responsif, dan berkesan selari dengan keperluan industri dan pembangunan modal insan negara.
PROTON Institute turut memberikan komitmen dalam bengkel kerja ini dengan menghantar wakil-wakil utamanya. Penyertaan dari PROTON Institute diwakili oleh Pengarah, Timbalan Pengarah (Operasi), Penolong Pegawai Tadbir (PPT), dan Pembantu Tadbir Kanan (CC). Kehadiran mereka penting bagi menyumbangkan pandangan dan pengalaman dari perspektif pengurusan institusi latihan kemahiran yang berkaitan rapat dengan industri.
Diharapkan bengkel ini akan mencapai objektifnya dalam menghasilkan cadangan penstrukturan organisasi yang mantap demi memperkasa peranan ADTEC JTM Zon Selatan dalam ekosistem latihan TVET negara.
๐ด๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ฒ๐๐๐๐๐๐๐๐, ๐ด๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ด๐๐๐ ๐ฏ๐๐
๐๐๐๐ย
๐ฌ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐บ๐๐๐๐๐, ๐ฐ๐๐๐๐๐๐๐ ๐ญ๐๐๐๐๐๐ย
Jom sertai kegemilangan bersama kami di PROTON Institute (ADTEC Melaka)
#adtecmelakaย
#adtecmlkย
#adtecproton
#protoninstituteadtecmelaka
#TVET
#kemahiran
#skills
#TVETMalaysia
#EmpoweringSkills
#IgnitingFutures
#SkillsMalaysia
#ILJTM #JTM #kitajtm #jtm #jtmdihatiku