MESYUARAT PENYELARASAN BAGI KARNIVAL PENDIDIKAN KERJAYA MURID PERINGKAT NEGERI MELAKA (SUKSES 4.0)

5 Jun 2025 | PROTON INSTITUTE – Dalam usaha memantapkan perancangan, satu mesyuarat penyelarasan bagi Karnival Pendidikan Kerjaya Murid Peringkat Negeri Melaka (SUKSES 4.0) telah diadakan. Sesi perbincangan yang dipengerusikan oleh Pengarah PROTON Institute, Ts. Dr. Norhuda binti Salim, bermatlamat untuk memastikan kelancaran dan kejayaan program yang bakal dianjurkan.
Mesyuarat ini turut diperkasakan dengan kehadiran barisan wakil utama pihak penganjur iaitu En. Alreaq Nizar bin Ahmad Latfi, Pn. Yusnima binti Yusof, Pn. Noor Azian binti Ismail, dan Pn. Ezummi binti Ali. Kehadiran mereka amat signifikan bagi menyelaraskan perincian pelaksanaan, pengisian program, dan aspek logistik.
Mesyuarat ini juga diperkukuhkan dengan penyertaan wakil-wakil lain daripada Proton Institut, yang menunjukkan komitmen institut sebagai rakan kerjasama strategik dalam menjayakan agenda pendidikan kerjaya untuk para pelajar di negeri Melaka.

π‘΄π’†π’Žπ’‘π’†π’“π’Œπ’‚π’”π’‚π’Œπ’‚π’ π‘²π’†π’Žπ’‚π’‰π’Šπ’“π’‚π’, π‘΄π’†π’π’šπ’†π’Žπ’‚π’“π’‚π’Œπ’Œπ’‚π’ 𝑴𝒂𝒔𝒂 𝑯𝒂𝒅𝒂𝒑𝒂𝒏 
π‘¬π’Žπ’‘π’π’˜π’†π’“π’Šπ’π’ˆ π‘Ίπ’Œπ’Šπ’π’π’”, π‘°π’ˆπ’π’Šπ’•π’Šπ’π’ˆ 𝑭𝒖𝒕𝒖𝒓𝒆𝒔 
Jom sertai kegemilangan bersama kami di PROTON Institute (ADTEC Melaka)
#adtecmelakaΒ 
#adtecmlkΒ 
#adtecproton
#protoninstituteadtecmelaka
#TVET
#kemahiran
#skills
#TVETMalaysia
#EmpoweringSkills
#IgnitingFutures
#SkillsMalaysia
#ILJTM #JTM #kitajtm #jtm #jtmdihatiku