12 Jun 2025 | Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh, bergema dengan kemeriahan sempena penganjuran Hari Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Negara 2025. Acara gilang-gemilang yang berlangsung selama tiga hari ini menjadi medan strategik yang menyatukan pelbagai pemegang taruh bagi menjulang martabat kerjaya berteraskan kemahiran di persada negara.
Mengangkat tema "TVET Pilihan Utama Kerjaya", majlis perasmian telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Para pengunjung turut dihidangkan dengan pelbagai pengisian menarik merangkumi pameran, seminar perkongsian ilmu, bengkel kemahiran, serta pertandingan inovasi dan teknologi.
Hari TVET Negara 2025 ini menyaksikan sinergi padu antara pihak industri, institusi pengajian tinggi, dan badan bukan kerajaan, di samping agensi Kerajaan Persekutuan serta Negeri. Inisiatif ini merupakan manifestasi iltizam jitu kerajaan untuk menjadikan TVET sebagai landasan utama dalam melahirkan modal insan masa hadapan yang dinamik, berkemahiran tinggi, dan berdaya saing.
Turut mencuri tumpuan di reruai A01 ialah PROTON Institute, yang memeriahkan pameran sektor pengangkutan dan automotif. Pengunjung bukan sahaja didedahkan dengan program "New Energy Vehicle (NEV) Training @ PROTON Institute", malah berpeluang melihat dan merasai sendiri kecanggihan jentera PROTON e-MAS yang dipamerkan secara eksklusif.
π΄ππππππππππππ π²ππππππππ, π΄ππππππππππππ π΄πππ π―ππ
ππππΒ
π¬πππππππππ πΊπππππ, π°πππππππ πππππππΒ
Jom sertai kegemilangan bersama kami di PROTON Institute (ADTEC Melaka)
#adtecmelakaΒ
#adtecmlkΒ
#adtecproton
#protoninstituteadtecmelaka
#TVET
#kemahiran
#skills
#TVETMalaysia
#EmpoweringSkills
#IgnitingFutures
#SkillsMalaysia
#ILJTM #JTM #kitajtm #jtm #jtmdihatiku