SYARAT AM KEMASUKAN:
1. Warganegara Malaysia;
2. Berumur tidak melebihi 35 tahun;
3. Lulus dalam sesi temuduga yang dijalankan;
4. Tidak buta atau buta warna atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran. Sila Rujuk
Garis Panduan Kemasukan Bagi Calon OKU.
KOD & NAMA KURSUS : DTAS34 Diploma Teknologi Automotif Servis
(DKM Tahap 4)
TEMPOH PENGAJIAN : 16 BULAN
SYARAT KHUSUS KEMASUKAN:
1. Memenuhi Syarat Am Kemasukan (Sila rujuk syarat am di atas);
2. Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam SALAH SATU bidang berikut:
a) TP-300-3: Juruteknik Kanan Kenderaan Motor; atau
b) TP-300-3:2013: Automotive After Sales Servicing; atau
c) TP-307-3: Servis dan Penyelenggaraan Kenderaan Perdagangan; atau
d) TP-307-3:2012 Servis & Penyelenggaraan Kenderaan Perdagangan; atau
e) G452-001-3:2017: Kenderaan Perdagangan – Servis Diagnostik; atau
f) G452-002-3:2018: Servis Diagnostik – Kenderaan Ringan.