Pengambilan ke ILJTM dibuat dua (2) kali setahun iaitu pada bulan Januari dan bulan Julai setiap tahun. Iklan akan dikeluarkan pada bulan Mac (bagi pengambilan Julai) dan September (bagi pengambilan Januari tahun berikutnya). Cara-cara memohon adalah secara Aplikasi Atas Talian (online) di Laman Web JTM (www.jtm.gov.my/permohonaniljtm) bagi sesi kemasukan Januari dan di Laman Web UPU, Jabatan Pengajian Tinggi (http://upu.mohe.gov.my) bagi sesi kemasukan Januari atau Julai. Bagi permohonan melalui Laman Web UPU, pemohon dikehendaki membeli nombor unik ID di Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan harga RM15.64 melalui kaunter BSN, ATM atau SMS Banking.
Sesi Kemasukan |
Aplikasi Permohonan |
Tempoh Permohonan Dibuka |
Bayaran |
Sesi Januari | http://www.jtm.gov.my/2015v3/index.php/ms/permohonaniljtm | September – Oktober | Percuma |
Sesi Julai | http://upu.mohe.gov.my | Januari – April | RM 15.64 (Kaunter BSN, ATM & SMS Banking) |
JABATAN MEKANIKAL & PENGELUARAN
JABATAN ELEKTRIK & ELEKTRIKAL
Bahaian Pengambilan Pelajar & Latihan
Telefon: 06-552 7248/7225/7103
Soalan Lazim
ADTEC Melaka merupakan sebuah institusi kemahiran di bawah Jabatan Tenaga Manusia dimana
terdapat 29 buah Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia iaitu 6 ADTEC, 1 JMTI dan 22 ILP.
Kesemuanya di bawah seliaan Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Sumber Manusia (KSM)
ADTEC Melaka menawarkan kursus-kursus Diploma Teknologi , Diploma Lanjutan Teknologi dan
Diploma Kejuruteraan dalam 5 bidang utama iaitu Teknologi Pembuatan, Teknologi Automotif,
Teknologi Komputer (Sistem), Teknologi Mekatronik dan Teknologi Telekomunikasi.
Pengambilan kemasukan ke ADTEC Melaka adalah sama dengan pengambilan ke ILJTM di mana ia
dibuat dua (2) kali setahun iaitu pada bulan Januari dan bulan Julai. Permohonan yang
diterima selepas tarikh tutup permohonan pada sesi yang berkenaan akan diproses untuk
kemasukan sesi yang akan datang. Permohonan ke ILJTM dibuka secara dalam talian (online)
melalui laman web JTM; http://www.jtm.gov.my (Program Lepasan SKM & Suruhanjaya Tenaga)
tanpa menggunakan Nombor Unik ID dan laman web UPU: http://upu.mohe.gov.my
(Program Lepasan SPM) dengan menggunakan Nombor Unik ID. Nombor unik ID boleh dibeli
di Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran dengan kediaman calon.
Ya, semua kursus yang dijalankan di ADTEC Melaka diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan
Kemahiran (JPK – nama dulu MLVK) dan satu bonus tambahan kepada mereka yang mengikuti
latihan di ADTEC Melaka dimana terdapat penambahan terhadap subjek – subjek yang diajar
supaya pelajar berkenaan lebih bersedia untuk menghadapi dunia pekerjaan kelak.
Jangkamasa yang ditetapkan adalah antara 6 bulan hingga 3 tahun 6 bulan. Namun ia
bergantung kepada program yang ingin diikuti samada Diploma Teknologi,
Diploma Lanjutan Teknologi atau Diploma Kejuruteraan.
JTM, pada dasarnya tidak menetapkan sebarang had umur untuk memboleh semua masyarakat
untuk mengikuti latihan di ILJTM, sesuai dengan slogan pembelajaran sepanjang hayat.
Namun demikian oleh kerana beberapa sebab tertentu seperti pemberian pinjaman dan
sebagainya maka penetapan umur perlu ditetapkan iaitu antara 17 tahun hingga 35 tahun
(bergantung kepada program yang ingin diikuti). Namun demikian, mereka yang tidak layak
dengan had umur berkenaan masih boleh lagi mengikuti latihan dalam beberapa program
kursus modular atau kursus customized yang ada ditawarkan di ADTEC Melaka.
ADTEC Melaka tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.
Paparan terbaik adalah dengan menggunakan Firefox 40.0.2++ , IE 9.0++, Google Chrome 44.0.++ ke atas dengan resolusi 1920 X 1080 pixel, set paparan 100%
Bagi yang menggunakan resolusi 1600 X 900 pixel, set paparan 80%
PENAFIAN ║ DASAR PRIVASI ║ DASAR KESELAMATAN ║ NOTIS HAKCIPTA ║ PETA LAMAN
Jumlah Pelawat