



KOD & NAMA KURSUS : STAS03P SIJIL TEKNOLOGI AUTOMOTIF (SERVIS DAN PENYELENGGARAAN)
Kursus Automotif adalah kursus yang melibatkan kerja-kerja latihan menyelenggara, merombakrawat dan membaikpulih kenderaan dimana ianya melibatkan beberapa sistem seperti sistem enjin, sistem autoelektrik, sistem penghantaran, sistem brek, sistem penyamanan udara kereta, sistem gantungan dan sistem stering. Pelajar yang mengikuti kursus ini akan didedahkan dengan pembelajaran teori dan praktikal yang memenuhi kehendak persijilan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Tempoh Pengajian
18 Bulan
Prospek Kerjaya
Peluang pekerjaan kebanyakannya terdapat di industri terutamanya kilang-kilang, memerlukan pekerja separa mahir dalam bidang Mekatronik, Elektronik, Mekanikal, Automasi dan Robotik di industri.
Syarat Umum
Warganegara Malaysia Sahaja
Berumur 17 hingga 27 tahun
Syarat Khas
Lulus SPM/SPMV
dan lulus salah satu subjek Bahasa Inggeris, Sains atau Teknikal.
Syarat Wajib
Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, pertuturan, fizikal, mental, pembelajaran atau fizikal yang menyukarkan kerja-kerja amali
1. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib) ,
2. Sihat Tubuh Badan (Wajib)
Program Sijil Teknologi Automotif (Servis dan Penyelenggaraan) [STAS03P] adalah laluan ke program Diploma Teknologi Automotif (Servis dan Penyelenggaraan) [DTAS34P]
Tempoh: 30 bulan (18 bulan program sijil dan 12 bulan program diploma)
Yuran Pengajian: Percuma (program sijil). Yuran akan dikenakan sebanyak RM1000 bagi program diploma.
Yuran asrama: Percuma (program sijil).
Permohonan bagi kemasukan sesi 1/2027 boleh dibuat bermula 1 Oktober 2026 melalui Laman Web UP-TVET : https://mohon.tvet.gov.my/











