



KOD & NAMA KURSUS : SFPD03P SIJIL TEKNOLOGI AUTOMOTIF (PEMBUATAN)
Program Sijil Teknologi Perindustrian, JTM dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), JPK bagi Kursus Teknologi Pembuatan Perkakasan Die mendedahkan pelajar kepada pengetahuan dan kemahiran berkaitan bidang pembuatan acuan alat tekan (Press Die). Bidang kemahiran ini digunakan bagi menghasilkan produk berasaskan kepingan logam. Para pelajar yang mengikuti kursus ini akan mempelajari kemahiran seperti penggunaan alat pengukuran kejituan tinggi, merekabentuk acuan menggunakan perisian CADCAM, Autocad, Solidwork dan pemotongan bahan menggunakan mesin konvensional seperti mesin larik, mesin kisar dan mesin canai. Selain itu, pelajar juga turut mempelajari kemahiran mengendalikan mesin berteknologi tinggi (Computer Numerical Control Machines) seperti CNC Milling, CNC Lathe, CNC Grinding, CNC EDM Sinker dan CNC EDM Wire-cut yang banyak digunakan dalam industri pembuatan. Kemahiran penggunaan mesin konvesional dan CNC sangat penting dalam menghasilkan acuan die yang berkualiti.
Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Tempoh Pengajian
18 Bulan
Prospek Kerjaya
Para pelajar lepasan kursus ini boleh menceburi banyak bidang pekerjaan di industri termasuk syarikat-syarikat pembuatan industri berat seperti penerbangan, perkapalan dan automotif.
Syarat Umum
Warganegara Malaysia Sahaja
Berumur 17 hingga 27 tahun
Syarat Khas
Lulus SPM/SPMV
dan lulus salah satu subjek Bahasa Inggeris, Sains atau Teknikal.
Syarat Wajib
Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, pertuturan, fizikal, mental, pembelajaran atau fizikal yang menyukarkan kerja-kerja amali
1. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib) ,
2. Sihat Tubuh Badan (Wajib)
Program Sijil Teknologi Automotif (Pembuatan) [SFPD03P] adalah laluan ke program Diploma Teknologi Automotif (Pembuatan) [DFPD34P]
Tempoh: 30 bulan (18 bulan program sijil dan 12 bulan program diploma)
Yuran Pengajian: Percuma (program sijil). Yuran akan dikenakan sebanyak RM1000 bagi program diploma.
Yuran asrama: Percuma (program sijil).
Permohonan bagi kemasukan sesi 1/2027 boleh dibuat bermula 1 Oktober 2026 melalui Laman Web UP-TVET : https://mohon.tvet.gov.my/











