SETL03 SIJIL TEKNOLOGI TELEKOMUNIKASI

 


PENGENALAN KURSUS


Kod & Kursus Nama : SETL03 Sijil Teknologi Telekomunikasi

Teknologi Telekomunikasi mendapat Pentauliahan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) untuk menjalankan kursus sepenuh masa menggunakan NOSS EE-321-3:2012 Operasi Pemasangan & Penyelenggaraan Infrastruktur Penghantaran. Bahagian Teknologi Telekomunikasi juga menyediakan Kursus Persediaan Peperiksaan bagi sijil kompeten TM sebagai modul nilai tambah, Internal Fiber Optic Cable (CA1C), External Fiber Optic Cable (CA2C) , Internal Copper Cable (CA1A), External Copper Cable (CA2A), dan NIOSH TM Safety Passport.

Kaedah pembelajaran adalah berdasarkan 30% teori dan 70% amali. Melalui program ini, para pelajar akan mempunyai kemahiran yang kompeten dalam :

– Low End Equipment Material Installation and Maintenance.
– Low End Installation Material’s Installation and Maintenance.
– Fibre Optic Cable Splicing.
– Transmission Site Survey.
– Low End Material Troubleshooting.
– Frequency Scanning.
– Electrical & Electronic.


MAKLUMAT LATIHAN TVET


Tahap Pengajian

Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf

Tempoh Pengajian

18 Bulan

Prospek Kerjaya

Program ini bertujuan untuk melahirkan pekerja separa mahir dalam bidang kemahiran telekomunikasi yang melibatkan industri dalam bidang fiber optik, antena dan komunikasi tanpa wayar.

SYARAT KELAYAKAN


Syarat Umum
Warganegara Malaysia Sahaja
Berumur 17 hingga 35 tahun

Syarat Khas
Lulus SPM/SPMV 

Syarat Wajib
Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, pertuturan, fizikal, mental, pembelajaran atau fizikal yang menyukarkan kerja-kerja amali
1. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib) ,
2. Sihat Tubuh Badan (Wajib)

Program Sijil Teknologi Telekomunikasi [SETL03] adalah laluan ke program Diploma Teknologi Telekomunikasi [DETL34]

Tempoh: 30 bulan (18 bulan program sijil dan 12 bulan program diploma)

Yuran Pengajian: Percuma (program sijil). Yuran akan dikenakan sebanyak RM2000.00 bagi program diploma.
Yuran asrama: Percuma (program sijil). Rm411.00 (Program Diploma)

Permohonan bagi kemasukan sesi 1/2027 boleh dibuat bermula 1 Oktober 2026 melalui Laman Web UP-TVET : https://mohon.tvet.gov.my/