SEME03P SIJIL TEKNOLOGI AUTOMOTIF (AUTOMASI INDUSTRI)

 


PENGENALAN KURSUS

KOD & NAMA KURSUS : SEME03P SIJIL TEKNOLOGI AUTOMOTIF (AUTOMASI INDUSTRI)

Dalam kursus ini, pelajar akan mempelajari sistem hidraulik dan elektro-hidraulik, pneumatik dan elektro-pneumatik, Programmable Logic Control (PLC), sistem automasi industri dan perkakas serta perisian komputer industri dan reka bentuk automasi.

MAKLUMAT LATIHAN TVET

Tahap Pengajian

Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf

Tempoh Pengajian

18 Bulan

Prospek Kerjaya

Juruteknik Mekatronik atau pekerjaan lain yang berkaitan dalam bidang elektronik dan mekanikal.


SYARAT KELAYAKAN

Syarat Umum
Warganegara Malaysia Sahaja
Berumur 17 hingga 27 tahun

Syarat Khas
Lulus SPM/SPMV 
Lulus Matematik
dan lulus salah satu subjek Bahasa Inggeris, Sains atau Teknikal.

Syarat Wajib
Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, pertuturan, fizikal, mental, pembelajaran atau fizikal yang menyukarkan kerja-kerja amali
1. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib) ,
2. Sihat Tubuh Badan (Wajib)

Program Sijil Teknologi Automotif (Automasi Industri) [SEME03P] adalah laluan ke program Diploma Teknologi Automotif (Automasi Industri) [DEME34P]

Tempoh: 30 bulan (18 bulan program sijil dan 12 bulan program diploma)

Yuran Pengajian: Percuma (program sijil). Yuran akan dikenakan sebanyak RM1000 bagi program diploma.
Yuran asrama: Percuma (program sijil). 

Permohonan bagi kemasukan sesi 1/2027 boleh dibuat bermula 1 Oktober 2026 melalui Laman Web UP-TVET : https://mohon.tvet.gov.my/