PROTON Institute, yang dahulunya dikenali sebagai ADTEC Melaka, telah dibangunkan di bawah Rancangan Malaysia Ketujuh (RMK-7) oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Sumber Manusia, bagi memenuhi keperluan tenaga kerja mahir dalam sektor perindustrian negara.
Terletak di Alor Gajah, Melaka, kira-kira tiga kilometer dari Plaza Tol Simpang Ampat, institusi ini dibangunkan di atas tapak seluas 73 ekar. Kerja pembinaan bermula pada 14 Julai 1999 dan siap sepenuhnya pada 27 September 2001. Institusi ini kemudiannya dibuka secara rasmi pada 11 Januari 2002 oleh Yang Berhormat Datuk Wira Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam.
Pada 22 April 2024, Menteri Sumber Manusia memutuskan supaya ADTEC Melaka dijenamakan semula melalui kerjasama strategik dengan PROTON. Inisiatif ini bertujuan memperkukuh penyampaian Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang lebih komprehensif, berfokus dan dipacu sepenuhnya oleh keperluan industri.
Berikutan kelulusan Jemaah Menteri pada 6 Februari 2026, institusi ini dinamakan Institut Teknologi Automotif Termaju PROTON (PROTON Advanced Automotive Technology Institute) atau ringkasnya PROTON Institute.
SEJARAH KEPIMPINAN
PROTON Institute telah diterajui oleh barisan kepimpinan berikut:
| Tempoh | Nama |
| 2002-2004 | Encik Abdullah bin Ali |
| 2004-2020 | Encik Zabidin bin Abd Samad |
| 2020-2023 | Ts. Hj. Mohd Manoj bin Hj. Jumidali |
| 2024-kini | Ts. Dr. Norhuda binti Salim |
VISI, MISI DAN OBJEKTIF JTM
VISI |
Menjadi organisasi peneraju dalam membangunkan tenaga kerja yang berdaya saing.
MISI |
Melahirkan tenaga kerja yang berdaya saing.
OBJEKTIF |
- Melahirkan tenaga kerja mahir untuk memenuhi sektor perindustrian.
- Meninggikan kemahiran pekerja-pekerja industri bagi membolehkan mereka memberi sumbangan dengan lebih berkesan ke arah pembangunan negara.
- Memudahkan para lepasan sekolah mendapat pekerjaan melalui latihan kemahiran perindustrian yang sistematik.











