PERUTUSAN PENGARAH

 

 

Assalamualaikum w.b.t, Salam Malaysia Madani dan Salam JTM dihatiku,

PROTON Institute merupakan sebuah institusi TVET yang menyediakan peluang latihan dalam pelbagai bidang teknikal bagi menghasilkan graduan dan pekerja yang memenuhi keperluan industri. Kami menawarkan Diploma Kemahiran Malaysia dan Diploma Teknologi bagi bidang Automotif, Komputer (Sistem), Telekomunikasi, Pembuatan (Perkakasan-Dai) dan Mekatronik. Latihan berbentuk modular juga ditawarkan secara kursus jangka pendek bagi pekerja-pekerja insudstri yang berhasrat meningkatkan kompetensi atau persijilan mereka.

Dalam usaha untuk mengantarabangsakan latihan, PROTON Institute telah mengadakan kerjasama dengan beberapa agensi luar negara termasuk National Institute Technology Nagaoka College, Japan. Kami juga mengukuhkan kerjasama dengan industri dan agensi ternama seperti PROTON Holdings Berhad, MB Automation (Malaysia) Sdn. Bhd. dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

PROTON Institute telah merangkul beberapa anugerah di dalam pertandingan World Skills Malaysia Belia, serta pingat emas dalam pertandingan inovasi peringkat antarabangsa setiap tahun. 

Saya amat mengalu-alukan kehadiran semua pengunjung ke Laman Web PROTON Institute. Semoga semua maklumat yang disediakan dapat membantu para pengunjung mengenali PROTON Institute dengan lebih dekat. Saya juga amat mengalu-alukan kemasukan pelajar ke PROTON Institute selari dengan tema “PROTON Institute~the Right Choice”. Terima Kasih

Ts. Dr. Norhuda binti Salim
Pengarah PROTON Institute