PANDUAN KEMASUKAN KE ADTEC MELAKA

PENGENALAN

Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) ditubuhkan bertujuan menyediakan dan melaksanakan program latihan kemahiran pra-pekerjaan bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian negara. ILJTM terdiri daripada dua puluh dua (22) buah Institut Latihan Perindustrian (ILP), empat (4) buah Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) dan sebuah Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI). ILP menawarkan program peringkat sijil & sijil lanjutan, sementara ADTEC dan JMTI menawarkan program peringkat Diploma dan Diploma Lanjutan. Objektif utama ILJTM adalah untuk melahirkan tenaga manusia yang optimum melalui program latihan kemahiran perindustrian.

PENGAMBILAN PELAJAR

Pengambilan ke ILJTM dibuat dua (2) kali setahun iaitu pada bulan Januari dan bulan Julai setiap tahun. Iklan akan dikeluarkan pada bulan Mac dan September. Cara-cara memohon adalah secara Aplikasi Atas Talian (online) di Laman Web JTM (www.jtm.gov.my/online) bagi sesi kemasukan Januari dan di Laman Web UPU, Jabatan Pengajian Tinggi (upu.mohe.gov.my) bagi sesi kemasukan Januari atau Julai. Bagi permohonan melalui Laman Web UPU, pemohon dikehendaki membeli nombor unik ID di Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan harga RM10.60 melalui kaunter BSN, ATM atau SMS Banking.

Klik di sini bagi APLIKASI PERMOHONAN KEMASUKAN KE ILJTM

FASILITI

ADTEC Melaka menyediakan pelbagai kemudahan antaranya seperti kemudahan asrama, makanan, dewan kuliah, makmal, bengkel latihan, kemudahan sukan & riadah, kantin, makmal komputer, perpustakaan dan sebagainya.

BAYARAN

Yuran Pengajian:

  • Diploma & Diploma Lanjutan: RM3000.00 setahun. (Pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) boleh dipohon bagi yang layak)

Lain-lain bayaran yang dikenakan semasa hari pendaftaran (anggaran RM400-RM500 tertakluk kepada institut).

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut, sila berhubung terus dengan pegawai di bahagian berikut:

Bahagian Pengurusan Latihan (BPPL),
Pusat Latihan Teknologi Tinggi,
Bandar Vendor Taboh Naning,
78000 Alor Gajah, Melaka.
Talian Terus: 06-5527229 / 7225 / 7148